Posts

DIALEK BAHASA KENYAH DI SARAWAK

DIALEK BAHASA KENYAH PENGENALAN Kaum Kenyah di Sarawak terletak di beberapa lokasi yang juga mempunyai dialeknya tersendiri dalam berkomunikasi. Keplebagaian dialek ini wujud disebabkan lokasi tempat tinggal yang berbeza kaum Kenyah ini. Seperti bahasa yang lain juga orang Kenyah tidak juga dapat menguasai dan memahami kesemua dialek bahasa Kenyah yang digunakan oleh kaum yang sama. Ini kerana perbezaan lokasi telah menyebabkan kelainan dalam bahasa kaum ini. Kaum Kenyah di negeri Sarawak tidak hanya terdiri daripada satu lokasi dan ini menyebabkan timbul kepelbagaian jenis lagi dalam kaum Kenyah itu sendiri. Contohnya Kenyah Badeng Koyan, Kenyah Uma Bakah, Kenyah Uma Kulit, Kenyah Sambob, Kenyah Seping dan banyak lagi. Kaum Kenyah ini bukan hanya terdapat di daerah Belaga sahaja namun terdapat juga di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan juga di Kuching. Dalam penulisan ini kita akan menelusuri kepelbagaian dalam berbahasa dan persamaan yang ada dalam bahasa Kenyah antara Kenyah yang

Adat Perkahwinan

Image
ADAT PERKAHWINAN KAUM KENYAH Penggunaan Baju Tradisi dalam perkahwinan adalah wajib Tarian Lekopa yang Menjadi kewajiban ketika berlangsungnya perkahwinan PERKAHWINAN Dikenali sebagai adet "Pepeto" dalam versi masyarakat Kenyah. Setiap upacara yang dijalankan mempunyai makna yang tersendiri dan memberi makna yang mendalam kepada pasangan pengantin. MEMINANG Dikenali sebagai "Metip" dalam versi Kenyah.

TRADISI KAUM KENYAH

Image
TRADISI KAUM KENYAH Rumah Panjang Kaun Kenyah Terkini Rumah Panjang Kum Kenyah Dahulu Perubahan ini berlaku sejurus dengan pemodenan zaman yang berlaku kepada dunia hari ini. Latar belakang Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak , Malaysia serta di Kalimantan , Indonesia . Kini kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya.   Orang kenyah merupakan kaum yang terdapat di Borneo. Mereka mempunyai tarian tradisionalnya yang tersendiri. Rentak dan cara bukaan tangan dapat menunjukkan jenis tarian.   TARIAN KAUM KENYAH