DIALEK BAHASA KENYAH DI SARAWAK
DIALEK BAHASA KENYAH PENGENALAN Kaum Kenyah di Sarawak terletak di beberapa lokasi yang juga mempunyai dialeknya tersendiri dalam berkomunikasi. Keplebagaian dialek ini wujud disebabkan lokasi tempat tinggal yang berbeza kaum Kenyah ini. Seperti bahasa yang lain juga orang Kenyah tidak juga dapat menguasai dan memahami kesemua dialek bahasa Kenyah yang digunakan oleh kaum yang sama. Ini kerana perbezaan lokasi telah menyebabkan kelainan dalam bahasa kaum ini. Kaum Kenyah di negeri Sarawak tidak hanya terdiri daripada satu lokasi dan ini menyebabkan timbul kepelbagaian jenis lagi dalam kaum Kenyah itu sendiri. Contohnya Kenyah Badeng Koyan, Kenyah Uma Bakah, Kenyah Uma Kulit, Kenyah Sambob, Kenyah Seping dan banyak lagi. Kaum Kenyah ini bukan hanya terdapat di daerah Belaga sahaja namun terdapat juga di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan juga di Kuching. Dalam penulisan ini kita akan menelusuri kepelbagaian dalam berbahasa dan persamaan yang ada dalam bahasa Kenyah antara Kenyah yang